Monday, May 25, 2015

GUNUNG GEDE

Assalamualaikum,





Alhamdulillah, beberapa minggu lepas aku berpeluang untuk ke Indonesia. (Jakarta dan Jogjakarta).  Dua destinasi dengan dua tujuan berbeza. Aku ke Jakarta dengan tujuan untuk mendaki Gunung Gede dan Jogjakarta pula untuk mengembara. Pengalaman yang aku perolehi memang sangat seronok dan aku rasa nak berkongsi dengan korang tentang kehebatan Indonesia yang mungkin korang tak pernah tahu. 


Kulihat biru!

Gunung Gede mempunyai keadaan alam yang khas dan unik, hal ini menjadikan Gunung Gede sebagai salah satu laboratorium alam yang menarik minat para peneliti sejak lama. Gunung ini terletak di dalam kawasan Taman Nasional Gunung Gede Pangrango di daerah Jawa Barat. 

Untuk mendaki guning ini, terdapat tiga laluan pendakian iaitu melalui Laluan Cibodas, Laluan Gunung Putri, dan Laluan Salabintana. Jadi, kumpulan kami memilih untuk memulakan pendakian melalui Laluan Cibodas.



Alkisah..Ini merupakan pendakianku buat kali ke-8..Gunung kedua paling mencabar selepas Gunung Tahan. Kenapa Gunung Tahan paling mencabar? Sebab itu satu-satunya gunung yang  terbit rasa putus asa dalam hari aku sewaktu pendakian. Mana taknya, 3 jam kau mendaki dengan kecuraman 45 darjah. Belum lagi kira jumlah masa laluan biasa. Air sungai naik pukul 3 pagi, tidur dalam khemah yang banjir dan deruan angin sungguh menggetarkan jiwa. Terasa seperti separuh nafasku pergi..Cewah..

Selama lima hari menharungi suka duka dan 5 hari jugak aku pakai baju yang sama..(Mesti korang euw euw kan) Hey, aku mandi okay. Cuma baju je kene jimat. (Waktu solat je salin baju) =P

Kalau pakcik-pakcik ni boleh, takkan kita tak boleh? =)





Okay,back to the topic. Alhamdulillah.. Pendakian Gunung Gede kali ni mengambil masa selama 14 jam 15 min. (Tempoh mendaki dan turun dari puncak).




Aku tidur satu malam di campsite. Kiranya perjalan penuh adalah 2 hari 1 malam. Aku mula mendaki pada 9.00 pagi, 11 April 2015. Tiba di campsite pada pukul 3.00 petang. Alhamdulillah nasib baik ada abang-abang porter tolong pasangkan khemah. Mereka jugaklah yang memasak makan malam kami semua. Besar jasa porter-porter itu.  Setelah selesai Jamak Takhir aku pun berehat sekejap. Mulanya hanya ingin lepaskan lelah tapi last-last aku tak keluar langsung dari khemah lepas tu. Tambah pulak hujan lebat dan pakaian aku tak cukup tebal. Makanya, aku pun duduklah dalam khemah sampai pukul 3.00 pagi.


Positive mind! Positive vibes! Positive life! 


Ujian Allah


Selepas selesai solat  Jamak Takdim Magrib dan Isya'. Aku jamah sedikit makan malam yang disediakan kemudian aku pun cuba untuk melelapkan mata. Bermula dari pukul 7.00 p.m sampai pukul 11.30 tapi masih tak berjaya. Akibat tidak membawa pakaian sejuk yang khusus dan sleeping bag pula basah. Tahap menggigil aku sangat teruk. Aunty yang tidur sebelah aku pun kata dia dengar dicipan gigi aku akibat menggeletar overload. Dan aku muntah-muntah jugak.



Nasib baik, Allah beri peluang untuk aku berehat jugak walaupun 3 jam. Pukul 12 lebih sampai 3 lebih. Nikmat tidur dalam keadaan yang sangat penat tu hanya Allah yang tahu.. Selesa tak selesa belakang kira. Alhamdulillah..


Terima kasih tak terhingga pada seorang uncle ni. Aku panggil dia Mr.Chan. Jika tanpa jaket sejuk dan glove yang dia pinjamkan, mungkin aku tak mampu nak berkongsi cerita ini. (Dah Innalillah agaknya).  Plus, aku pun dapat free lecture dengan uncle ni tentang tips pakaian yang sesuai kalau nak panjat gunung. Beliau siap suruh aku search lagi.satu blog ni . Tapi aku lupaaa..Hmm..Apa-apa pun..Jasamu ku kenang uncle! =)

Teman baru. Annie Son dan Toda (Japennesse)


Pada pukul.3.30 pagi, kami satu kumpulan dikejutkan dengan wake up call. Setelah selesai mengemas semua barang dan peralatan. Kami meneruskan pendakian ke puncak. Sungguh, waktu ini adalah waktu yang sungguh getir. Orang lain mengambil masa 1 jam atau kurang untuk sampai ke puncak. Tapi aku  mengambil masa 1 jam 15 minit. Dan menjadi orang kedua terakhir dalam group aku. Ahaa. Mana taknya, setiap 15-20 langkah stop dan berehat.Hmm..Bagus betul abg porter yang tunggu aku dan 2 orang aunty yang bersama ku. Kesabaran dia aku salute. Siap bagi kata-kata semnagat.. " Kalau capek rehat aja dulu, ngakk usah pantas-pantas. Takkan lari gunung dikejar." Okay yang last tu aku tambah. Haha.

Wake up with determination, go to bed with satisfaction.

Alhamdulillah.. akhirnya pukul 5.19 minit pagi..aku tiba di puncak Gunung Gede! Ya Allah..Allahuakhbar.. Perasaan waktu tu..bahagia gila. Hilang semua pening, letih, laloq.. Di depan mata terbentang luas keindahan alam ciptaan-Nya. SubhannAllah.. Aku kagum!






Agak lama jugak kami meluangkan masa di puncak. Dalam pukul 7.00 pagi baru bergerak untuk turun semula ke dasar. Perjalan ke dasar mengambil masa 6 jam. tapi aku ambil masa 8 jam. Anatara orang-orang last jugak..Haha..Aku ni lembik jugak sebenarnya. Selama satu jam, aku berehat di air terjun. Cantik gila uolss air terjunnya..pandang sekali tak puas, Serius! mashaAllah..

Air terjun Cibereum


Kemudian, keesokkan harinya, aku meneruskan pengembaraan ke Jogjakarta  dengan menaiki tren selama 8 jam 40 min..Pusing-pusing Jogja selama 4 hari. =)



P/s: Bagi yang suka aktiviti lasak! Anda sangatlah digalakkan untuk ke sini! Perghh, dah try baru boleh tahu sado tak sado. Btw, Pendakian pada bulan Januari dan februari tidak digalakkan akibat hujan yang sangat lebat disertai dengan angin kencang. Makanya, pendakian akan menjadi sangat  merbahaya. Ingat ya!




Thank you for reading. =)