Thursday, May 8, 2014

KELEBIHAN SANG PENGEMBARA


Menjadi Seorang Lebih Sosial 




Apabila anda mengembara, anda akan terpaksa bercakap dengan ramai orang. Anda akan bertanya mengenai lokasi kedai, lokasi hotel atau lokasi tempat shopping yang bagus di sekitarnya. Secara tidak langsung, ia memberikan anda teknik bersosial dengan baik. Malah, secara umumnya, pada peringkat awal anda mungkin tiada keyakinan bahawa anda mampu untuk berkomunikasi lebih daripada satu bahasa iaitu bahasa ibunda sendiri (Waima anda ada belajar bahasa asing walaupun sekadar basic je. cth: Bahasa Inggeris) tetapi sekiranya anda mengembara, anda secara tidak langsung perlu mempraktikkan bahasa asing tersebut meskipun sekadar 'bahasa asing rojak". Jika difikirkan semula, bukankah ini satu peluang untuk melatih diri untuk bercakap bahasa asing tersebut ? 

Keyakinan Diri akan Lebih Tinggi




Banyak lokasi pelancongan yang boleh menaikkan semangat diri anda, seperti mendaki gunung, snorkling atau meredah hutan belantara. Penggembaraan seperti ini memberikan anda peluang untuk mencabar keupayaan diri. Pendek kata, anda telah melakukan perkara-perkara yang menggerunkan. Selepas mencapai begitu banyak perkara, anda akan berasa lebih lebih yakin dalam keupayaan anda untuk mencapai apa-apa.

"KITA MAMPU BERJAYA MESKIPUN TIDAK ADA ORANG YANG PERCAYA PADA KEBOLEHAN KITA , TETAPI KITA TIDAK AKAN PERNAH BERJAYA JIKA TIDAK YAKIN PADA DIRI SENDIRI."

Belajar Untuk Menerima Seadanya ( Redha).


Anda kadang-kadang akan menghadapi masalah seperti terlepas penerbangan, bas lambat, tersalah train, kelewatan yang tidak dapat dielakkan, tergolek ketika mendaki bukit, terpeleot ketika merentasi batu bata di kawasan air terjun dan banyak lagi. Anda telah belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah-ubah.

Ujian dan dugaan yang menimpa, bukanlah sesuatu yang dapat kita ketahui sebelumnya ianya berlaku.Allah taala menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya boleh terima. Maka sabar dan senyumlah. Lain orang lain ujiannya. 

Bagi saya, apabila saya mengembara, saya dapat mendidik diri supaya lebih bersabar ataupun husnudzan (bersangka baik). Lebih-lebih lagi apabila berurusan dengan manusia yang pelbagai jenis ragamnya, Ada yang sukar bertoleransi, panas baran, susah didekati, tidak banyak cakap, cepat melenting. Semua perkara yang dilalui ketika mengembara merupakan satu tarbiyah untuk diri saya supaya sedar bahawa setiap perkara tidak mungkin akan menjadi mudah mengikut kemahuan kita. Pasti ada kesukaran dan rintangan yang perlu dilalui sebelum tercapainya perkara yang kita idamkan.

Sebab itulah, bagi sang kembara yang menggunakan akalnya untuk melihat, Mereka akan mampu untuk menyaksikan setiap kesukaran yang dihadapi bukan sekadar halangan semata tetapi ianya merupakan warna-warni kehidupan dalam mengejar Mardhatillah.

Sesungguhnya, jalan menuju syurga itu adalah dengan kesabaran. Sebab itu, Nabi telah bersabda : "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka.Seseorang itu diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. 

Melatih Diri Berani Mengharungi Cabaran




Apabila anda menjadi yakin dalam keupayaan anda untuk berbuat apa sahaja, anda pasti mampu melakukan segala-galanya. Terjunan, Melompat dari tebing, takluk ketakutan anda ketinggian, berjalan kaki 10km dan apa sahaja. Itu semua sebahagian daripada perjalanan pengembaraan dan lebih banyak anda mengembara, lebih banyak cabaran yang anda akan lalui ! Semua itu hanya akan berlaku, sekiranya anda tekad dalam membuat keputusan untuk mengembara. Jika tidak, perkara tersebut masih akan kemas tertulis dalam list-to-do diari anda. Fikir-fikirkan.. Grab the chance, or just forget about it..

Mempunyai Kelebihan dalam Membaca Perwatakan Seseorang Mahupun Suasana.




Apabila anda tidak tahu bahasa setempat, komunikasi bukan lisan menjadi lebih penting untuk membaca orang dan situasi. Jika anda selalu kembara, anda mungkin dapat belajar membaca bahasa badan orang lain dan memberitahu anda tentang persekitaran anda. Ini boleh menyelamatkan anda daripada keadaan yang tidak baik.

 Perjalanan Meluaskan Horizon Sang Pengembara.




Setiap tempat, daerah, negeri atau negara punyai budaya dan cara hidup berbeza. Ia mengajar anda tentang persamaan dan ada perbezaan seluruh bahagian dunia. Anda akan mengetahui bahawa kita sebenarnya banyak lagi yang perlu kita belajar tentang kehidupan.

Anda Akan Belajar Cara Hidup Survival


Jika anda boleh menguruskan perjalanan di negara-negara asing atau tinggal di tempat yang baru, anda mungkin boleh melakukan apa-apa sahaja. Memang betul, kerana bila anda travel di lokasi baru, anda akan cuba sedaya upaya untuk 'survive'. Pada ketika itu, anda akan sedar bahawa anda perlu percaya pada kekuatan diri sendiri sebelum mengambil keputusan untuk bergantung harap kepada orang lain."

 "YOU NEVER KNOW HOW STRONG YOU ARE UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE YOU HAVE."

Anda Akan Mempunyai Pelbagai Cerita Untuk Di Kongsi




Anda akan mempunyai banyak cerita yang menakjubkan untuk diberitahu pada keluarga, sahabat handai, mahupun orang yang baru sahaja dikenali. Malah, mungkin ini kelebihan yang anda ada dalam mengeratkan silaturrahim sesama keluarga ataupun mewujudkan suasana mesra alam bersama teman baru.

Anda akan Mempunyai Pengalaman Kerja Yang Bagus ( InsyaAllah)


Apabila anda telah mengembara ke serata dunia, anda akan terbiasa mengendalikan situasi janggal dan akan mampu untuk menangani masalah dengan cara yang berbeza dan juga mempunyai pandangan dari segi perspektif yang berlainan daripada orang biasa. Pendek kata, anda akan belajar banyak kemahiran soft skill yang tidak boleh diajar di sekolah atau pejabat. Keupayaan untuk bekerja dengan baik dengan orang lain dan mengemudi situasi yang berbeza boleh memberi anda kelebihan sebenar dalam wawancara pekerjaan.

Anda Akan Berkenalan Dengan Ramai Orang Dari Seluruh Pelusuk Dunia




Selepas anda mengembara, anda pasti akan punyai rakan-rakan baru di setiap tempat yang anda lawati. Dimana sebelum ini, kita tidak berpeluang untuk mempunyai teman-teman yang datangnya dari berbeza negara. Tetapi, sekiranya anda melakukan perubahan dalam hidup anda dan merebut peluang untuk mengembara nescaya saya yakin dimana sepanjang perjalanan anda, anda pasti akan berjumpa dengan orang yang baru. Dan jika ditakdirkan, berkemungkinan insan tersebut mungkin akan menjadi salah seorang yang amat penting dalam hidup anda. Tidak kira, di rumah, pejabat mahupun teman seperjuangan. Jadi, apa tunggu lagi.. 

“ A JOURNEY OF A THOUSAND MILES MUST BEGIN WITH A SINGLE STEP.” 

Sebenarnya memang banyak kelebihan bagi mereka yang selalu mengembara samada dalam atau luar negara.Semestinya, pengalaman ini tak akan dapat di beli dengan wang ringgit malah ia merupakan sesuatu pengalaman yang sangat berharga bagi sesiapa yang dikurniakan-Nya. Pergi lah melancong, anda akan teruja dengan nikmat luasnya dunia milik Allah ini. Allahuakhbar!

2 comments: