Monday, December 8, 2014

Part 1 : My USA Cousins

6 Disember 2014 (Sabtu)

Selepas pulang dari walimatu urus cikgu Anuar Hisham (ex-cikgu Sas).. mama beritahu nak jumpa cousins jauh mama , kat rumah mak induk .. Cousins mama ni menetap di USA, Dia ada urusan sikit di malaysia katanya. Itu yang  kembali pulang setelah hampir bertahun-tahun tidak menjejakkan kaki ke Malaysia. Kami panggil beliau 'along' sebab beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik perempuan dalam keluarganya.

Sedihnya.. Aku, tak dapat ikut mama nak jumpa along hari ni, memandangkan aku ada program Gegas (Generasi Gadis Solehah) di Masjid Az-Zubbair Al-Awwam. Program ni berlangsung selama tiga iaitu bermula dari 5 hingga 7 Disember. Makanya, setelah mama pulang, aku hanya dapat mengenali saudara jauh itu melalui beberapa keping gambar yang dikongsi oleh ahli keluargaku di 'Whatsapp Family Haji Khamis'. Tidak banyak yang aku ketahui mengenai mereka ini..Sehinggalah esoknya..

7 Disember 2014 (Ahad)

Tepat pukul 6.15 pagi aku tiba di perkarangan rumah dari Masjid Az-Zubbair. Pada awalnya aku tak rancang untuk tidur di masjid, tetapi disebabkan ada perkara tententu  dan jam pula menunjukkan pukul 2 pagi, makanya aku tangguhkan niat untuk balik selepas solat subuh. Setibanya aku di rumah, aku dah rancang, dalam pukul 8 lebih nak gerak ke masjid semula memandangkan LDK akan bermula pada pukul 9 dan dalam pada masa yang sama "running man" (Mass) akan bermula pada pukul 11, serta ia memerlukan tenaga komiti untuk melancarkan pergerakkan aktiviti mass ini...

Tetapi.....Tiba-tiba, sedang aku berehat sekejap di bilik.. ada orang mengetuk pintu bilik aku..Tok..tok..tok..

'Ouh mama rupanya.."

Mama: "Adik, lepas ni ada nak kemana-mana? Jom kita bawak along and family jalan-jalan?"

Anis   : Along? Siapa along tu sebenarnya maa?

Mama : Mak along ni adik beradik tiri awe(nenek), dan kahwin dengan anak tiri awe...

Anis: APA?? *blurrr* Ulang maaa?? I kenot brainnnnn -____-''

Mama :Mak along ni a d i k  b e r a d i k  t i r i awe(nenek), dan kahwin dengan a n a k t i r i awe... Tambahan, dia sepupu mama dan boleh jugak dia tu makcik mama...

Anis: Hah? Seriouly?? Wow wow..MashaAllah mother...macam keluarga 69 daaa.. kecilnya dunia...

Mama: Jom lah.. Along ada 2 anak lelaki,  dia kahwin dengan mat saleh.. Adik boleh prektis english bila borak2 dengan mereka.

Anis: Amboi maa, perli ehh.. siap suruh prektis bagai.. Ingat english adik Fail ke..kekeke..

Maka, dengan itu aku pun terfikir... Mungkin jika bukan sekarang, aku tak akan dapat peluang sebegini lagi.. Pepatah ada mengatakan..

"Take a chance because you never know how perfect something might turn out."

Aku pun bersetuju untuk teman mama bawak mereka jalan-jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Ketika breakfast, rasa kekok masih lagi mencengkam jiwa.. Tapi, aku cuba jugak untuk tampak selamba dengan terus tersenyum.. Supaya lebih tenang..

Meet Friedman's family!

Wanita manis yang  bertudung coklat itulah along a.k.a Siti Nuriati.  The man with blue shirt is David Friedman, along's husband. Yang lelaki sebelah saya, namanya Benjamin, Lelaki kecil comel di hadapan saya ialah Yusuf. Not to forget, the beautiful women besides me is my mom. Benjy is 13 years old while Yusuf is only 5!

Pada awal pertemuan,Seriously, I have no idea what to talk.. Macam krik-krik pun ada jugak.. Nasib baiklah along banyak cakap.. Meriah jugak lah suasana.. Ahaha, dalam pada aku mendengar cerita along, otak ni ligat jugak berfikir ..Apalah yang aku nak borak dengan David, Benjamin, and Yusuf...Mama dengan along dah macam masuk dalam dunia mereka sendiri.. wahaha.. Jejak kasih lah katakan..

Hmmm..

Borak punya borak.. rupanya Benjy ni Melaka boy.. Yes,He was born in Melaka..Tanah tumpah kampungku..His hobby is 'menggodek-godek' software.. Kepala IT lah kiranya.. Adiknya Yusuf was born in USA. Both of them are home-schooling. Their parents are their teachers. SubhannAllah.. May Allah bless their family with happiness and His blessings.


Banyak lagi yang dituliskan sebenarnya, tapi sekarang jam menunjukkan pukul 3.55 pagi (091214). Esok aku ada kelas Public Speaking di UPSI. Kena balik Tanjung Malim. InsyaAllah ada masa, aku sambung lagi...

Thank you for reading this entry. :)





1 comment:

  1. Assalamu alaikum Anis, baru jumpa post ni!!! Along suka baca post Anis. Alhamdulillah, kita dipertemukan juga akhirnya!! Keep up the great work, my dear. I'll follow your blog. :)

    ReplyDelete