Friday, October 3, 2014

TAARE ZAMEEN PAR


Assalamualaikum.

First of all, terima kasih bebanyak sebab sudi click untuk baca blog ni. After almost few months tak update blog. Hari ni terasa begitu bersemangat nak tulis sesuatu. Ekceli, sejak dua menjak ni  memang ada keinginan untuk menulis and finally, hari ni aku rajin sikit dari hari-hari sebelum. (Hari ni rajin, esok lusa ntah kelaut) haha.

Entry kali ni aku nak share satu hindustani movie yang sangat banyakkk manfaatnyaaa bila di tonton. Tajuknya ialah TAARE ZAMEEN PAR. Kalau dalam bahasa Inggeris ialah LIKE STAR ON EARTH... Bukan The Fault In Our Star yee..Baca betul-betul. Buka mata luas-luas..Karang tersalah type. Jakgi keluar cerita Omputih jangan salahkan kak Anis.. iolss dah tunjukkan jalan yang lurus, suci lagi murni .. kekeke.

Filem ini dibintangi oleh beberapa bintang yang tak berapa dikenali.. (Sesuka hati je kan cakap org tak terkenal..ahaa). Antaranya ialah Aamir Khan (sebagai Ram Shanker Nikun), Darsheel Safary (sebagai Ishaan Awasthi), Tisca Chopra (sebagai Maya Awasthi/ ishaan's mom), Tanay Chheda (sebagai Rajan Damodaran/ ishaan's friend).

Kenapa Aamir Khan tak cukur misai diaaa? I cannot brain.. Aiyoyo.


Nak dijadikan cerita,
Movie ini berkisahkan tentang seorang kanak-kanak yang berbeza karakter daripada kawan-kawannya. Dia seorang yang pendiam dalam kelas, tak banyak bergaul, selalu lonely. Daripada satu sekolah ke satu sekolah dia pindah. But still having the same problem. Cikgu-cikgu selalu komplem pada parents si Ishaan ni.



"Anak awak malas belajar, selalu dapat nombor corot dalam kelas, dalam kelas tak bagi sepenuh perhatian dan sebagainya."


Erm..setelah dikaji..rupanya anak diaaa.. TETTT..


Siapa yang tahu problem anak dia? Cikgu dia, bukan ibu bapa nya! Haa, si Aamir Khan yang sado tu la. wakaka.  Agak-agak kenapa bukan mak ayah dia yang discover masalah anaknya? Nak tahu lebih lanjut..Tengoklah cerita ni...

Seriously, mana-mana parents yang dapat anak pendiam, galakkan mereka untuk beraktiviti supaya dapat membantu tumbesaran fizikal dan mental yang lebih sihat.Tapi bagi mereka yang mempunyai anak yang aktif, kalau anda rasa susah nak kawal sebab sangat ktif kesana kesini, panjat meja kerusi, jadi gergasi kecil, jadi hulk jadian.. Itu semua normal. Iolss dulu cuti sekolah duduk kampung kerja tangkap belalang, panjat pokok, masuk hutan tangkap ikan, jumpa biawak lagi dan sempat main mata dengan biawak tu tauu. Ini bukan biawak jadian, ini betul-betul. Ceq ketaqq lutott nyahh, kalau dia baham aku waktu tu, tak ke meroyan mak ayah (padahal panggil mama papa) aku kehilangan seorang puteri yang comel.. kekeke..

Kecil-kecil dulu asyik tawan pokok rambutan .. Bila dah besar, kerja aku tawan gunung je.wakaka.

Jadi, you as a parent should be happy that your children aktif. Sama seperti orang dewasa, punya minat beza-beza. Kanak-kanak pun serupa, cara mereka belajar pun berbeza antara satu sama lain. Kelebihan pun Allah kurniakan pada setiap individu berlainan. Jadi, selalu lah beri kata-kata positif supaya anak-anak tahu yang ibu bapa bukan hanya sebagai ibu bapa. Tetapi sebagai kawan yang anak-anak boleh kongsi masalah..Percayalah bahawa, "Every child is special."





To be honest, dalam movie ni aku terinspirasi dengan watak yang dipegang oleh Aamir Khan iaitu Ram Shanker. Ram Shanker ialah seorang guru ganti yang mengajar subjek seni di sekolah Ishaan.





A movie that really recommended !

"FAILURE IN SCHOOL DOES NOT MEAN FAILURE IN LIFE."


Kalau korang takda buat apa-apa. Jangan buang masa, tontonlah cerita ni. Banyak iktibar boleh dipelajari uolss.. Pandang diri sebagai seorang pendidik, sebagai seorang ibu atau ayah, atau pun sebagai seorang sahabat sekalipun.. Memang pelik kan, aku promote cerita hindustan, but aku tak boleh nafikan walaupun dah tengok cerita ni untuk kali yang kedua, air mata still tumpah mencurah-curah macam ais yang semakin mencair di kutub utagha tu. Just have a try. Aku jamin, lepas  dah tengok cerita ni, korang akan tercari-cari cerita lain keluar Aamir Khan Production. Sangat hebat Jalan cerita yang mereka buat. Banyak pengajaran.. Selamat menonton. InsyaAllah ada masa, update new entry lagi. Salam Maghrib. Assalamualaikum.

4 comments:

  1. i'm inspired! nak tengok la malam ni!!! *mata bersinar-sinar*

    ReplyDelete
  2. Cool.. Sediakan tisu sebelum hujan.. hee :)

    ReplyDelete
  3. Dah tgk byk kali.
    Best sgt.

    Tk semua org faham keadaan ssorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Tapi Allah pasti akan hadirkan seseorang yang boleh memahami kita. Cepat dengan lambat je penentu nya. Betul ?

      Delete