Thursday, December 25, 2014

TURKI : Part 1 (A)

Assalamualaikum,



Hai uollss.Maaf, dah lama tak update blog. Lately, agak sibuk sikit dengan assignment dan beberapa program luar. Memandangkan aku sekarang pun dah semester 6 iaitu semester akhir, makanya sibuk dan penatnya mashaAllah..kadang-kadang tersandar di kerusi sesaat, terbang roh 5 jam baru tersedar aku tertidur depan laptop.Lagi parah bila ada 'peta' negara baru benua Asia Tenggara tercipta pada nota-nota aku.. Dalam tidur pun aku masih mampu menghasilkan seni..Hebatkan. Kekeke..

Tapi sesibuk mana pun aku dengan pelajaran di UPSI..Alhamdulillah, Aku rasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Turki..Untuk menuntut ilmu luar daripada 'bilik darjah'.. Satu negara yang tak pernah aku terfikir  yang aku akan pergi.. 

Trip yang selama 12 hari ni, memang sangat aku hargai dan syukuri.Aku tahu, ramai kawan aku yang teringin juga nak sampai ke negara ini. Harap jangan la hangpa jeles dengan ceq naa. kehkeh. InsyaAllah, aku doakan kalian juga akan berjaya ke sini kelak. Doa dan terus berdoa. Aku pun doa supaya aku dijemput kembali oleh Allah untuk ke Turki kali yang ke dua.. Huu.. Rasa tak puas mengembara di bumi para anbiya tempoh hari ..

Okay, first of all..Aku perkenalkan tourist guide aku yang kacak lagi bergaya..wakaka.. Beliau ni adalah owner kepada syarikatnya iaitu Dilruba Turki Travel. Pada awalnya,  tourist guide kami bernama Ibrahim (turkish), tetapi kami diberitahu oleh Mr.Yusuf bahawa Ibrahim tidak dapat kembali ke Turki dalam masa terdekat kerana Ibrahim akan berkhawin dengan gadis dari Malaysia. (Gadis itu dikenalinya semasa menjadi tourist guide pada group sebelum kami.Alhamdulillah..Jodoh tak mengenal negara.Hehe.) Jadinya, kumpulan kami sangat bertuah untuk mendapat Director Yusuf  yang penyabar dan baik hati sebagai pengganti.Alhamdulillah.. =)

Mr.Yusuf.. ada janggut, ikut sunnah.. Bagus.
Antara tempat-tempat yang kami lawati ialah Istanbul, Bursa, Afyon, Pamukkale, Beysheir, Cappadocia, Angkara,dan Bolu. Ahamdulillah. seronok bertingket-tingket..Setiap satu tempat ada  keistimewaan destinasi yang tersendiri.. 10 malam di Turki bagaikan berada di Syurga. Cewah.Propa je aku.

Ini antara tempat yang berpeluang kami lawati.

-Visit Ulu Mosque.
-Jumalikizik Ottoman Village(Afyon)
-Entry to Hieropolis Ancient City (pamukkale)
-Visit Mekke Kuran Isparta Tahfiz School (Beysheir)
-Entry to Esrefoglu  Mosque 730 years (Beysheir)
-Entry to Mevlana Museum (Konya)
-Tour of Urgup, Goreme, Uchisar (On the way to Cappadocia)
-Entry to Whirling Dervishes Show. 
-Riding Hot Air Ballon (Cappadocia)
-Entry to Carpet weaving workshop. (Cappadocia)
-Entry to Ceramic Workshop (Cappadocia)
-Visit the Malaysian Embassy  (Angkara)
-Visit Gelisim  University (Istanbul)
-Visit and Pray Solatul Jumaat at the Muhammad Al-Fateh Mosque (Istanbul)
-Entry and Pray Dzuhur at Blue Mosque (Istanbul)
-Entry to Topkapi Palace (Istanbul)
-Visit and Read Yassin at Ahmad Ammar Grave.
-Visit Sultan Al-Ayyubi Al-Ansari cemetery.
-Entry to Turki Miniarturk.
-Bosphorus Cruise (Istanbul).
-Shopping at Grand Bazaar. (Istanbul)

Alhamdulillah berkesempatan menunaikan solat Zuhur di Blue Mosque.

Dalam perjalanan ke Grand Bazaar..Shopping yuk! Indirim-indirim! Murah-murah!:P

Banyak tak? Seronok wa cakap lu.. hehe. Alhamdulillah.. banyak benda aku belajar.. Btw, kalau anda rasa tempat di atas dah banyak, belum lagi tempat makan..Makanan dia sedap.Tapi kalau tawar, terlebih tawar, kalau masin terlebih masin. Aku pun pelik.Tapi kadang-kadang yang tak sedap tulah yang sihat. Macam ubat..Siapa je suka makan ubat? Dah lah pahit..Tapi kalau tak makan, macam mana nak sembuh dari penyakit..betuk tak?

Eh cop .Walaupun makanan dia sedap.. Tapi tekak aku tekak orang Melayu.. Perghh, seminggu tak makan sambal, aku dah meroyan..Nasib baik mama, ada bekalkan sambal ikan bilis..Terubat sikit rindu dengan makanan pedas. Kat Turki makanan dia majoriti rasa harmoni. Susah nak cari makanan yang pedas. Kalau nak kata Turki atau Malaysia  yang layak untuk diitiraf sebagai syurga makanan. Aku rasa gelaran itu pastinya akan menjadi milik Malaysia. Malaysia tanah tumpah air liur ku..(??) Hee..

Plus, Ya Allah.. Turki sangat-sangat cantik..Kat mana je tempat yang aku jejakkan kaki, tandas dia tak pernah mengecewakan. Bersih sangat-sangat. Bilik air asrama aku dulu pun bersih waktu hujung minggu je. Itu pun lepas kene berleter dengan senior apesal junior tak basuh toilet..Kekeke..Kebersihan mereka sangat tip-top.Susah betul nak nampak sampah..InsyaAllah Malaysia akan maju seperti Turki satu hari nanti. Ameen.

Itulah serba sedikit tentang Trip aku ke Turki..Ini baru separuh mukaddimah.. InsyaAllah next entry ialah perkongsian tentang tempat-tempat bersejarah di Turki dan dapatan (ilmu) sepanjang pengembaraan aku di sana. Banyak aku nak kongsi dengan korang yang sudi singgah dan baca blog aku..Doalah supaya aku rajin untuk mengetuk papan kekunci ni k.. Lap u all..kekeke.

KEEP CALM AND LOVE ISLAM.


Thank you for  reading this entry.  =)

Monday, December 8, 2014

Part 1 : My USA Cousins

6 Disember 2014 (Sabtu)

Selepas pulang dari walimatu urus cikgu Anuar Hisham (ex-cikgu Sas).. mama beritahu nak jumpa cousins jauh mama , kat rumah mak induk .. Cousins mama ni menetap di USA, Dia ada urusan sikit di malaysia katanya. Itu yang  kembali pulang setelah hampir bertahun-tahun tidak menjejakkan kaki ke Malaysia. Kami panggil beliau 'along' sebab beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik perempuan dalam keluarganya.

Sedihnya.. Aku, tak dapat ikut mama nak jumpa along hari ni, memandangkan aku ada program Gegas (Generasi Gadis Solehah) di Masjid Az-Zubbair Al-Awwam. Program ni berlangsung selama tiga iaitu bermula dari 5 hingga 7 Disember. Makanya, setelah mama pulang, aku hanya dapat mengenali saudara jauh itu melalui beberapa keping gambar yang dikongsi oleh ahli keluargaku di 'Whatsapp Family Haji Khamis'. Tidak banyak yang aku ketahui mengenai mereka ini..Sehinggalah esoknya..

7 Disember 2014 (Ahad)

Tepat pukul 6.15 pagi aku tiba di perkarangan rumah dari Masjid Az-Zubbair. Pada awalnya aku tak rancang untuk tidur di masjid, tetapi disebabkan ada perkara tententu  dan jam pula menunjukkan pukul 2 pagi, makanya aku tangguhkan niat untuk balik selepas solat subuh. Setibanya aku di rumah, aku dah rancang, dalam pukul 8 lebih nak gerak ke masjid semula memandangkan LDK akan bermula pada pukul 9 dan dalam pada masa yang sama "running man" (Mass) akan bermula pada pukul 11, serta ia memerlukan tenaga komiti untuk melancarkan pergerakkan aktiviti mass ini...

Tetapi.....Tiba-tiba, sedang aku berehat sekejap di bilik.. ada orang mengetuk pintu bilik aku..Tok..tok..tok..

'Ouh mama rupanya.."

Mama: "Adik, lepas ni ada nak kemana-mana? Jom kita bawak along and family jalan-jalan?"

Anis   : Along? Siapa along tu sebenarnya maa?

Mama : Mak along ni adik beradik tiri awe(nenek), dan kahwin dengan anak tiri awe...

Anis: APA?? *blurrr* Ulang maaa?? I kenot brainnnnn -____-''

Mama :Mak along ni a d i k  b e r a d i k  t i r i awe(nenek), dan kahwin dengan a n a k t i r i awe... Tambahan, dia sepupu mama dan boleh jugak dia tu makcik mama...

Anis: Hah? Seriouly?? Wow wow..MashaAllah mother...macam keluarga 69 daaa.. kecilnya dunia...

Mama: Jom lah.. Along ada 2 anak lelaki,  dia kahwin dengan mat saleh.. Adik boleh prektis english bila borak2 dengan mereka.

Anis: Amboi maa, perli ehh.. siap suruh prektis bagai.. Ingat english adik Fail ke..kekeke..

Maka, dengan itu aku pun terfikir... Mungkin jika bukan sekarang, aku tak akan dapat peluang sebegini lagi.. Pepatah ada mengatakan..

"Take a chance because you never know how perfect something might turn out."

Aku pun bersetuju untuk teman mama bawak mereka jalan-jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Ketika breakfast, rasa kekok masih lagi mencengkam jiwa.. Tapi, aku cuba jugak untuk tampak selamba dengan terus tersenyum.. Supaya lebih tenang..

Meet Friedman's family!

Wanita manis yang  bertudung coklat itulah along a.k.a Siti Nuriati.  The man with blue shirt is David Friedman, along's husband. Yang lelaki sebelah saya, namanya Benjamin, Lelaki kecil comel di hadapan saya ialah Yusuf. Not to forget, the beautiful women besides me is my mom. Benjy is 13 years old while Yusuf is only 5!

Pada awal pertemuan,Seriously, I have no idea what to talk.. Macam krik-krik pun ada jugak.. Nasib baiklah along banyak cakap.. Meriah jugak lah suasana.. Ahaha, dalam pada aku mendengar cerita along, otak ni ligat jugak berfikir ..Apalah yang aku nak borak dengan David, Benjamin, and Yusuf...Mama dengan along dah macam masuk dalam dunia mereka sendiri.. wahaha.. Jejak kasih lah katakan..

Hmmm..

Borak punya borak.. rupanya Benjy ni Melaka boy.. Yes,He was born in Melaka..Tanah tumpah kampungku..His hobby is 'menggodek-godek' software.. Kepala IT lah kiranya.. Adiknya Yusuf was born in USA. Both of them are home-schooling. Their parents are their teachers. SubhannAllah.. May Allah bless their family with happiness and His blessings.


Banyak lagi yang dituliskan sebenarnya, tapi sekarang jam menunjukkan pukul 3.55 pagi (091214). Esok aku ada kelas Public Speaking di UPSI. Kena balik Tanjung Malim. InsyaAllah ada masa, aku sambung lagi...

Thank you for reading this entry. :)





Tuesday, December 2, 2014

Gunung Kinabalu - Part II

Tag nama yang wajib dipakai ketika mendaki.





Mendaki bukan pertandingan tapi satu kepuasan!



Kecil-kecil cili padi. *Peace*




Kesejukan mula menguasai diri. =)

Sedikit pencerahan tentang laluan memanjat Gunung Kinabalu.

Hati mula berkocak dup dap dup dap....

Air terjun pertama yang berjaya dilintasi.

"Weh jemahh, mana aci aku takda dalam gambar!" *berdesup lari*

Cikgu Kamal, walaupun dah 50 series. Tapi umur bukan penghalang katanya.

Pendekar bujang lapok.

5km bukanlah jumlah yang main-main. Berat turun 5 kilo wo! Ahaha.

 Anda mampu melakukannya. Allah kan ada. =)